Tujuh suspek bakar tahfiz ditahan dalam 3 lokap berasingan

by Oh! Semput


6
SHARES
81
VIEWS
Posted on 23 Sep 2017 03:00:20

TUJUH suspek remaja yang ditahan reman susulan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, yang menyebabkan kematian 21 pelajar termasuk dua guru, ditahan dalam tiga lokasi berasingan kata peguam mereka.

Iqhmar Syafiq Mohd Azmi yang mewakili remaja berusia di antara 11 dan 18 tahun itu dipetik sebagai berkata, sehingga kini kesemua suspek tidak dibenarkan untuk bertemu dengan keluarga mereka.

"Mereka tidak dibenarkan untuk bertemu keluarga setakat ini, tapi kita akan berusaha supaya mereka dapat bertemu," kata beliau kepada wartawan di luar lokap berpusat Jinjang.

Perintah tahanan reman bagi 7 suspek itu telah dilanjutkan selama seminggu lagi.

Majistret Zuhair Rosli membenarkan pihak polis melanjutkan tahanan reman selama tujuh hari lagi. Tahanan reman mereka sepatutnya berakhir semalam.



Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh sebelum ini berkata, bahawa pihak polis percaya telah menyelesaikan kes kebakaran tersebut berikutan penangkapan remaja-remaja berkenaan.

Katanya siasatan pihak polis mendapati remaja-remaja tersebut memang berniat membakar sekolah di Jalan Keramat Hujung disebabkan dendam berikutan insiden ejek-mengejek di antara mereka dan pelajar tahfiz baru-baru ini.

Menurut Amar, suspek-suspek tersebut yang kini disiasat atas kesalahan membunuh dan khianat menggunakan api telah menggunakan dua biji tong gas memasak dan bahan mudah terbakar untuk membakar bangunan tahfiz tiga tingkat pada awal pagi 14 September lalu.

Pihak polis telah menahan remaja-remaja berkenaan di antara jam 6.30 pagi Jumaat dan 2.30 pagi Sabtu dari pelbagai lokasi di Dato' Keramat berdasarkan petunjuk yang diperolehi melalui rakaman CCTV dan penemuan forensik yang mengesahkan bahawa kejadian tersebut berpunca daripada perbuatan khianat. — EdisiRakyat.com, 23 September 2017

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts