Tulang kepala babi dijumpai dalam tangki air rumah raih perhatian netizen

by Oh! Semput


11
SHARES
142
VIEWS
Posted on 11 Jun 2024 11:31:40

Dalam perkongsian yang di muat naik di platform Tiktok, tukang paip telah menemui beberapa ketulan tulang

yang dikatakan tulang rangka kepala babi di dasar air tangki yang hendak diselenggarakannya.

Memetik sumber Kosmo!, individu itu mendedahkan kejadian itu berlaku di Jelebu, Negeri Sembilan.

Dia turut meluahkan rasa kecewa dan mempercayai ia perbuatan dari sifat dengki seseorang

sehingga sanggup membuat khianat terhadap orang lain.

Tulang kepala babi dijumpai dalam tangki air rumah raih perhatian netizen

“Lihat ini, tangki air rumah orang di Jelebu, Negeri Sembilan.

“Kesian orang (tuan rumah), ada sifat dengki macam itulah, tak ingat dosa ke? Dosa lakukan begini sebab tangki air ini tuan rumah guna untuk mandi, ambil wuduk, gosok gigi dan kegunaan lain, kesian tuan rumah,” luahnya.

Setakat ini, tak dapat dipastikan tindakan lanjut berhubung penemuan tulang haiwan dalam tangki air tersebut.

Mungkin, lepas dari kejadian ini mesti anda akan kerap buat pemeriksaan tangki air terutama yang berada di luar kawasan rumah seperti di atas atap.

BACA: Rupanya tak boleh letak terus sabun dalam mesin basuh ketika cuci pakaian, ini sebabnya

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts