Tular abah berseragam, Persekutuan Pengakap Malaysia nafi lantik Muhyiddin sebagai ahli

by Oh! Semput


1
SHARES
19
VIEWS
Posted on 24 Nov 2022 18:31:04

Hari ini, tular di laman sosial apabila seorang pengguna Twitter telah memuat naik sebuah poster yang memaparkan wajah Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memakai seragam Pengakap telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Mana tidaknya, ciapan yang telah dipadam oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu menjadikan wajah pemimpin itu sebagai poster dengan kapsyen ‘RASMI: Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengakap Malaysia (PM).

alt

Susulan itu, menerusi ciapan di laman Twitter Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), pihaknya menegaskan bahawa PPM tidak mempunyai kaitan sama sekali terhadap hantaran berkenaan dan ia berlaku di luar pengetahuan PPM.

Jelasnya lagi, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap individu terbabit kerana menyebarkan memandangkan paparan itu bukan mewakili PPM.

alt

pic.twitter.com/CgQZRadoid

— #Persekutuan Pengakap Malaysia (@PengakapMY) November 24, 2022

: Twitter @PengakapMY

alt

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts