Tular Foto Sekumpulan Kanak-Kanak Buka Selipar Masuk 7-Eleven, Ini Kisah Sebenarnya…

by Oh! Semput


2
SHARES
28
VIEWS
Posted on 18 Oct 2019 10:00:40

Orang melayu memang cukup terkenal dengan adat dan budayanya yang sopan santun dan ‘halus’ budi pekerti. Dikatakan orang di Asia Tenggara memiliki hampir sama sifatnya, termasuklah Thailand.

BACA: Thailand Dilanda Cuaca Sejuk Hingga Januari Tahun Depan!

Baru-baru ini tular dengan satu foto yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak di Thailand yang menanggalkan selipar untuk memasuki kedai serbaneka.

Foto tersebut menjadi tular menerusi satu perkongsian di Facebook. Menurut si pemuat naik foto tersebut, kumpulan kanak-kanak itu sebenarnya sedang membuat lawatan di bandar bersama guru mereka.

Juga difahamkan mereka tinggal di kawasan pergunungan dan tidak biasa dengan konsep kedai serbaneka 24 jam seperti 7-Eleven.

711 buka selipar 1

Semasa tiba di kedai tersebut, guru itu ke tandas dan membenarkan anak muridnya memasuki 7-Eleven itu. Namun sebaik keluar, dia terkejut apabila melihat banyak selipar di luar kedai serbaneka itu.

Lalu guru itu bertanya kepada murid-muridnya kenapa menanggalkan selipar mereka di luar kedai tersebut dan jawapan mereka cukup menyentap jiwa.

711 buka selipar 2

Mereka menjawab persoalan gurunya itu yang mereka melakukan perkara tersebut sebagai satu tanda penghormatan pada kedai berkenaan.

Wow, sopan santun beradab betul kanak-kanak ini. Mungkin telah diajari sejak kecil untuk memasuki rumah kena tanggalkan selipar di luar. Sama seperti di Malaysia, adab memasuki rumah yang masih diamalkan sehingga kini.

: Facebook

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts