by Oh! Semput
Sejak semalam, tular di media sosial video sekumpulan penunggang motosikal ‘bersepai’ tengah jalan disebabkan pelanggaran di lokasi dipercayai sebagai litar untuk berlumba.
Menerusi video yang dikongsikan pengguna X, dapat dilihat yang berlaku kemalangan melibatkan sekumpulan penunggang motosikal apabila satu demi satu bercampak dari jentera roda dua itu sehingga ada yang terbaring di tengah jalan.
Susulan daripada itu, menerusi laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong memaklumkan kejadian tersebut berlaku pada 4.30 pagi membabitkan empat buah motosikal jenis amaha Y125ZR, Honda RS-X FS150, Yamaha Y16ZR dan Yamaha Lagenda 115Z.
Difahamkan mereka ketika itu dipercayai melakukan aksi menunggang secara laju dan berbahaya kepada diri sendiri serta pengguna lain di jalan berkenaan.
Disebabkan kemalangan tersebut, seorang individu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi ketika dalam perjalanan ke hospital.
Hasil siasatan mendapati mangsa yang meninggal di lokasi berkenaan berusia 21 tahun manakala seorang lagi dalam lingkungan 16 tahun.
Dalam pada itu, Fong menyatakan bahawa lokasi terbabit kerap dijadikan litar oleh sesetengah remaja yang menjadikan jalan raya tersebut sebagai medan untuk mereka melakukan perkara tidak bermanfaat.
Siasatan mendapati, mangsa yang mati di lokasi berusia 21 tahun manakala mangsa kedua berumur 16 tahun.
Artikel lain: Puluhan mat rempit berlumba di highway, seorang ‘hilang nyawa’ 9 lagi cedera
Terdahulu, video kemalangan tersebut telah tular di media sosial apabila masing-masing meluahkan rasa kesal melihat tindakan anak-anak muda yang masih lagi melakukan kegiatan berkenaan walaupun sudah banyak insiden sama dilaporkan sebelum ini.
Ada juga diantara mereka berasa geram melihat kegiatan lumba haram ini kerana bukan sahaja menyusahkan diri sendiri tetapi turut pengguna jalan raya yang melalui kawasan ‘litar’ tersebut.
: X IANZAINAL, Harian Metro (Ruwaidah Md Zain)