“Nak Tumpang Tidur Lengan” – Wanita ‘Menggeletis’ Di Ruangan Komen Atlet Angkat Berat Buat Netizen Geli

by Oh! Semput


5
SHARES
59
VIEWS
Posted on 10 Aug 2022 13:31:46

Terdahulu, atlet angkat berat, Muhammad Erry Hidayat telah berjaya meraih pingat perak pertama pada temasya Sukan Komanwel 2022 pada 1 Ogos lalu.

Menurut laporan Berita Harian, pingat naib juara Erry itu diperoleh menerusi acara 73 kilogram (kg) selepas menduduki tempat kedua di belakang pemenang pingat emas dari India, Sheuli Achinta.

Advertisement

Anak kepada bekas jaguh angkat berat negara, Hidayat Hamidon itu kemudiannya berkongsi hantaran gambar bersama pingat perak yang dimenangi menerusi laman Instagram miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Erry dilihat sedang baring dan melelapkan mata di sebelah pingat perak tersebut di atas katil sambil memakai kain pelikat.

Namun, hantaran gambar itu kemudiannya dimuat naik semula oleh netizen di laman Facebook yang akhirnya menimbulkan perbalahan apabila sesetengah wanita dilihat meninggalkan komen berbaur lucah.

Susulan itu, rata-rata netizen telah berasa kecewa terhadap sesetengah wanita yang bertindak meninggalkan komen tanpa menghormati privasi tuan badan.

Malah, ada juga yang menganggap tindakan itu sebagai gangguan seksual terhadap atlet angkat berat berkenaan.

Apa perasaan suami diorang eh? – netizen.

Boleh tengok reply dekat sini on how sexual harassment on man being taken lightly,” tulis seorang pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kedah fashion week 2022
10 jam lalu

(FOTO) “Ingat Milan, Rupanya Kedah” - Model ‘Fashion Show’ Tak Bercoli, Tayang Dada Tersembul Di KFW22

“Nak Tumpang Tidur Lengan” – Wanita ‘Menggeletis’ Di Ruangan Komen Atlet Angkat Berat Buat Netizen Geli first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts