Tunang Enggan Komen Foto Mesra Intan Najuwa, Zul Ariffin

by Oh! Semput


HOME Posted on 09 Nov 2019 22:00:32



Nampaknya, foto mesra mandi laut antara Intan Najuwa dan Zul Ariffin masih lagi menjadi bualan ramai. Lebih mencetuskan kontrvoversi apabila pengarah drama tersebut, Osman Ali menegaskan aksi mesra dalam foto berkenaan tiada dalam drama.

Rata-rata netizen menyifatkan aksi kedua pelakon itu keterlaluan lebih-lebih lagi dengan status Intan yang sudah pun bergelar tunangan orang. Susulan itu, ramai yang menantikan kenyataan daripada tunang Intan berhubung kontroversi tersebut.

BACA: Tunang Kecewa Intan Najuwa Tak Hormat Dirinya

Bagaimanapun, tunang kepada Intan Najuwa iaitu Razrul Anwar Rulis enggan mengulas mengenai foto mesra itu serta berpendapat sesiapa sahaja berhak memberikan pendapat mereka mengenai isu berkenaan.

“About the photos? Sorry, saya tiada apa nak komen. This is free country. People can talk what they want. Saya tak nak tambah-tambah komen. Nanti lagi macam-macam,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Osman Ali dan menafikan dakwaan kononnya gambar itu sebahagian daripada gimik. Malah jelasnya lagi, tiada langsung babak aksi mesra itu dalam adegan drama.

Intan dan Razrul bertunang dalam sebuah majlis di Johor Bahru pada 18 Ogos lalu bersempena dengan hari jadi pelakon itu yang ke-22.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...