"Tunjuk Perkembangan Positif, Tapi Masih Di ICU..." - Lana Nodin Bersyukur Walaupun Anaknya Masih Perlu Dipantau

by Oh! Semput


HOME Posted on 18 Feb 2019 07:00:10



Badrul Hashim
Hiburan

Seminggu juga keluarga Lana Nodin dan suaminya David Mckinzie atau nama Islamnya, Muhd Daud bergelut dalam mimpi ngeri.

Segalanya bermula apabila mendapat tahu anak keduanya, William Daud Mckienzie atau panggilan manjanya billy mengalami masalah injap (Aortic Stenosis).
(Baca: Alami Masalah Injap Pada Jantung, Anak Kedua Lana Nodin Bakal Dibedah)

Mimpi ngeri keluarga ini menjadi nyata apabila jantung anak kecil itu terhenti selama 10 minit menyebabkan pembendahan terpaksa ditangguhkan.
(Baca: Jantung Terhenti 10 Minit, CPR Dan Kejutan Elektrik 2 Kali)

Terbaru, Lana memuat naik gambar Billy bersama Gia di Instagram miliknya.

"Alhamdulillah, selepas seminggu berperang dengan perasaan, anak saya #babybilly menunjukkan perkembangan positif.

"cuma masih perlu pemantauan rapi dan berada di ICU. Billy sangat kuat. Moga dia terus kuat. Sayu sebenarnya tengok si kecil ini bergelut dgn ujian seumpama ini," tulis Lana.
 


Lana juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan mendoakan kesihatan Billy.

"Apapun dari kerendahan hati, saya amat terharu dengan doa dan sokongan yang dipanjangkan. Hanya kata keramat terima kasih yang saya dapat layangkan buat semua.

"Hanya Tuhan yang dapat balas jasa anda semua. Terima kasih Allah SWT dan terima kasih semua yg doakan anak saya," tulis Lana lagi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News