Turki Gempar 1 Lagi Letupan, Selang Seminggu Serangan

by Oh! Semput


6
SHARES
84
VIEWS
Posted on 17 Dec 2016 15:01:18

TURKI – Turki digegarkan dengan satu lagi letupan bom.

Seramai 13 orang askar mati dan lagi 48 cedera apabila sebuah kereta yang sarat dengan bom meletup di bandar Kayseri, di bahagian tengah Turki.

Bom meletup berhampiran sebuah bas yang membawa para pegawai tentera.

Sejauh ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

upan hari ini berlaku selang seminggu selepas pengeboman berkembar yang disasarkan terhadap anggota polis di sebuah stadium Istanbul.

Serangan tersebut meragut nyawa 44 orang dan mencederakan lebih 150 yang lain.

Militan Parti Pekerja Kurdistan mengaku menjadi dalangnya.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Turki dilanda satu siri serangan yang dipercayai perbuatan militan Kurdistan atau pemberontak ISIS. – Agensi

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts