Dini buat tutorial pakai kain pelikat, kacak digayakan dengan baju Melayu…

by Oh! Semput


44
SHARES
578
VIEWS
Posted on 23 May 2020 16:01:09

Jikalau perempuan, pastinya tutorial tudung menjadi pilihan mereka untuk dijadikan rujukan di hari raya. Kali ini pula khusus untuk lelaki, selebriti terkenal iaitu Dini Azan Schatzmann beberapa hari lalu ada berkongsikan cara yang betul untuk mengenakan kain pelikat atau dijadikan sampin yang segak digayakan ketika memakai baju Melayu.

96767918_863927504106243_2873585427318767852_n
huawei-y6p-kv-tile

Editor's Pick

HUAWEI Y6P Lengkap Dengan Gaya, Bateri Dan Skrin Besar, Hanya RM559 Sahaja!

Open New Tab

Melalui Instagram peribadinya, dia ada memuat naik sekeping foto mengayakan baju Melayu dan memakai kain pelikat namun gara-gara cara pemakaiannya yang dikatakan tidak betul ini membuatkan dia ditegur oleh orang ramai.

Lalu, selepas ditegur peminat dan pengikut di Instagram, pelakon ini yang tidak cepat melatah malah ada berkongsikan pula satu rakaman video dirinya memakai kain pelikat dengan cara yang betul.

Videonya ini juga mendapat perhatian orang ramai dimana ada yang akui memerlukan tutorial memakai kain pelikat ini dan berterima kasih kepadanya.

Dalam pada masa yang sama, Dini Azan Schatzmann yang juga merupakan seorang model ada berkongsikan beberapa keping foto dia mengayakan baju Melayu, rasanya cara OOTD yang dikongsikan oleh selebriti ini boleh dicontohi kerana walaupun sendiri demi menjaga jarak namun fotonya tetap menarik.

Di musim kuarantin ini, sebenarnya banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk menghiburkan diri dalam sambutan hari raya kali ini meskipun suasananya agak berbeza. Boleh juga dengar lagu raya yang viral ini:

Lagu Raya Senario Di Hari Yang Mulia Buat Terimbau Memori!

MV Seloka Hari Raya Fattah Amin & Fazura Raih Pujian Ramai

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts