by Oh! Semput
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah berharap isu kemelut rumah tangga bersama suaminya Aliff Aziz yang menjadi perbualan ramai sebelum ini tidak dibangkitkan lagi oleh mana-mana pihak.
Menurut laporan Astro Gempak, penyanyi berusia 29 tahun mengulas tindakannya memadam bukti perbualan dipercayai dengan Sophia Albarakbah di Instagram yang didakwa cuba mengganggu rumah tangganya.
Bella berkata, tumpuannya kini beralih kepada bidang nyanyian selepas dia dan pasangan duo, Wani Kayrie meraih tempat ketiga dalam program realiti nyanyian Famili Duo yang berakhir malam tadi.
Tambah pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu, dia turut menghargai orang ramai yang sering mendoakan kebahagiaan rumah tangganya.
Terdahulu, Bella memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai bersama Sophia bagi membuktikan bahawa suaminya ‘disukai’ oleh seorang heroin sebuah drama.
Malah, Aliff juga mengesahkannya bahawa heroin dimaksudkan isterinya adalah Sophia selain mengakui kekhilafannya yang lalai menjaga batas ketika menjayakan penggambaran drama tersebut.
: Astro Gempak (Shahrin Zulkifle), Instagram Bella Astillah