Twitter Sedang Uji "Notes", Tak Jauh Beza Dengan Penulisan Blog

by Oh! Semput


2
SHARES
27
VIEWS
Posted on 23 Jun 2022 12:00:19

Twitter mengesahkan mereka sudah mula menguji ciri baharu iaitu "Notes", yang membolehkan pengguna menulis kandungan yang lebih panjang dalam platform tersebut.

Twitter ketika ini mengehadkan siaran kepada 280 aksara sahaja dan "Notes" nanti akan ditambah had sehingga 2,500 aksara.

Berikutan ciri "Notes", Twitter berkata ia dicipta setelah melihat ramai menggunakan platform tersebut untuk menyiarkan gambar dan berita sehingga mengarahkan pengikut ke pautan luar.

Ujian fasa pertama ini akan berlangsung selama dua bulan dan melibatkan sekumpulan kecil penulis di Kanada, Ghana, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.

Ciri baharu ini juga menurut Twitter bertujuan untuk mengekalkan pengguna dalam ekosistem Twitter, dengan pembaca dapat melihat tajuk dan mengakses nota yang lebih panjang dengan mengklik pada pautan.

Pengguna juga nanti boleh mengedit nota mereka selepas ia diterbitkan.

Menerusi pengumuman berkaitan ciri ini, Twitter telah mendedahkan bagaimana ciri "Notes" berfungsi.

Memuat kicauan...

Sekali imbas, ciri ini sebenarnya lebih kurang seperti penulisan blog tapi dengan had 2,500 aksara.

Untuk pengguna aktif Twitter dan yang suka menulis serta berkongsi maklumat, ciri ini tentunya satu ciri yang sangat dinanti-nantikan.

: TechCrunch

Baca juga:

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts