by Oh! Semput

MANILA: Presiden Rodrigo Duterte mengugut untuk menamatkan perjanjian yang membenarkan tentera Amerika Syarikat (AS) masuk ke Filipina sambil berkata, “selamat tinggal Amerika’.
Ia berikutan Duterte berang dengan keputusan Washington membatalkan pakej bantuan terbesar ke Filipina berikutan isu membabitkan hak asasi manusia.
Agensi bantuan kerajaan AS minggu ini berkata, lembaga itu menunda keputusan untuk memperbaharui pakej bantuan pembangunan di Filipina “tertakluk kepada semakan semula berikutan kebimbangan membabitkan kedaulatan undang-undang dan kebebasan awam.”
Pentadbiran Duterte yang dikritik hebat Washington berikutan dakwaan tindakan keras ke atas penyalahgunaan dadah, mengeluarkan kenyataan balas berupa kecaman ke atas AS.
Beliau berkata, Filipina boleh hidup tanpa bantuan AS sambil menggelar rakyat Amerika sebagai “anak haram” dan “hipokrit”.
Duterte sebaliknya memuji China kerana menawarkan apa yang disifatkan beliau sebagai bantuan kewangan yang besar. – AP