by Oh! Semput
Arm CSS for Mobile 2 diumumkan dengan CPU terkini Arm C2-Ultra dan GPU Mali G2-Ultra NX yang dibangunkan khusus untuk peranti mudah laih menjalankan tugas kecerdasan buatan (AI) secara natif. Platform baharu ini menggabungkan CPU C2-Ultra dan C2-Pro dengan dua unit SME2 bagi menggandakan keupayaan AI berbanding generasi sebelumnya.

Hasilnya peningkatan prestasi 1.7x apabila menjalankan model AI terkini serta 15% lebih pantas untuk satu bebenang, melayari web, dan melancarkan aplikasi. GPU Mali G2-Ultra NX pula menggabungkan pemacu neural terus ke dalam teras shader bagi menyokong sistem ray trace generasi ketiga.

Arm belum menyatakan pemproses pertama yang akan menggunakan Arm CSS for Mobile 2 tetapi ia pastinya tiba pada cip pemprosesan MediaTek dan Exynos yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.
.