UMPSA & MOVE Robotics Jalin Kerjasama Strategik Dengan Jepun, Pacu Mobiliti Autonomi Di Pahang

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 05 Jun 2026 11:00:25

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan syarikat Bumiputera tempatan, Move Robotic Sdn. Bhd. telah mencipta sejarah apabila menjalinkan kerjasama strategik dengan PIX Moving Inc. dari Jepun melalui anak syarikatnya, Pix Intelligence Inc., dalam usaha memajukan pembangunan teknologi mobiliti autonomi di Malaysia.

Delegasi dari UMPSA dan Move Robotic Sdn. Bhd. telah berkunjung ke kemudahan PIX Moving Japan di Kanagawa, di mana majlis menandatangani kerjasama RoboBus turut dimeterai di sana.

Kolaborasi ini bukan sekadar perkongsian biasa, sebaliknya menandakan langkah penting ke arah mempercepatkan pembangunan dan pelaksanaan teknologi kenderaan autonomi (AV) di negara ini.

Penglibatan PIX Moving, yang diiktiraf sebagai pemain global dalam bidang teknologi autonomi, mengukuhkan lagi kerjasama sedia ada antara UMPSA dan Move Robotic.

Inisiatif ini bertujuan menghubungkan penyelidikan dengan aplikasi dunia sebenar bagi menghasilkan penyelesaian mobiliti yang praktikal dan berdaya saing.

Dengan menggabungkan kepakaran penyelidikan UMPSA, keupayaan industri Move Robotic dan pengalaman antarabangsa PIX Moving, kerjasama ini dijangka memperkukuh kedudukan Malaysia dalam landskap global kenderaan autonomi.

Selain pembangunan teknologi, kerjasama tersebut turut memberi tumpuan kepada perkongsian ilmu, pembangunan bakat serta pengukuhan hubungan antara institusi akademik dan industri.

PIX Robobus ialah bas ulang-alik autonomi modular yang dibangunkan oleh PIX Moving dari Jepun bagi menyokong mobiliti bandar pintar. Dengan keupayaan beroperasi secara autonomi di pelbagai laluan termasuk jalan sempit, ia berpotensi meningkatkan sistem mobiliti bandar yang lebih cekap dan dinamik.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMPSA, Profesor Ts. Dr. Aida Mustapha, inisiatif ini selari dengan kekuatan universiti dalam bidang automotif dan berpotensi memperkukuh ekosistem Pekan Automotive Park.

Malah, ia turut menyokong visi jangka panjang untuk mewujudkan ekosistem bandar autonomi di Pekan yang mengintegrasikan penyelidikan, industri dan pelaksanaan teknologi secara menyeluruh.

{suggest}

UMPSA & MOVE Robotics Jalin Kerjasama Strategik Dengan Jepun, Pacu Mobiliti Autonomi Di Pahang WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts