NST ungguli anugerah SOPA

by Oh! Semput

HOME Posted on 13 Jun 2018 17:01:09

[unable to retrieve full-text content]

Daripada Hong Kong

Susulan rangkaian liputan 'panas' berhubung pembunuhan terancang Kim Jong-nam, akhbar New Straits Times (NST) menggondol pengiktirafan Kecemerlangan Berita Semasa sempena anugerah Persatuan Penerbit Asia (SOPA), di sini.

Anugerah itu disampaikan kepada Pengarang Bersekutu NST (Hal Ehwal Semasa), Farah Naz Karim, yang juga menerajui operasi Meja Penyiasatan Khas akhbar berkenaan.

Menyoroti liputan kes berprofil tinggi pada 13 Februari lalu, NST adalah agensi berita pertama menerusi laporan eksklusifnya mengesahkan mangsa pembunuhan itu adalah abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un.

Bersandarkan maklumat operasi badan perisikan Korea Utara, operasi pembunuhan Jong-nam dikendalikan secara penuh terancang di ruang balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Susulan pendedahan NST, akhbar bahasa Inggeris itu dijadikan pusat rujukan media dari pelusuk dunia yang mula 'berkampung' di Kuala Lumpur untuk membuat liputan berhubung kes terbabit.

Pada edisi 16 Februari lalu, NST menerusi laporan muka depannya bertajuk 'Maut Dalam Lima Saat' mendedahkan butiran diperoleh sumber terdekat dengan pasukan penyiasatan gerakan didalangi dua wanita warga asing yang direkrut ejen menghampiri Jong-nam untuk menjayakan misinya.

Gandingan suspek utama kes itu kemudian menyuntik bahan kimia yang membawa maut terhadap Jong-nam berhampiran kaunter pendaftaran layan diri di klia2.

Liputan akhbar berkenaan tidak terhenti di situ, sebaliknya sekadar sesi 'pemanas badan' apabila NST sekali lagi menerusi laporan muka depan mendedahkan identiti empat ejen Korea Utara yang menjadi dalang pembunuhan terbabit.

Selain itu, NST adalah agensi berita pertama memaparkan gambar Jong-nam dalam keadaan terduduk di kerusi klinik klia2 selepas beberapa minit 'diserang' dua wanita warga asing itu.

Selang 20 minit gambar itu dirakamkan, Jong-nam disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya.

Mencatur langkah seterusnya, NST mengungguli rentak liputan apabila melaporkan pasukan penyiasatan berjaya merungkai kes pembunuhan itu dan hasilnya akan diumumkan polis pada keesokan harinya.

SOPA yang berpangkalan di Hong Kong ialah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan menerima lebih 850 penyertaan dalam bahasa Inggeris dan Cina, iaitu peningkatan berkadar 13 peratus berbanding 2017 untuk merebut anugerah SOPA 2018 untuk Kecemerlangan Editorial.

Perangkaan berkenaan adalah yang tertinggi direkodkan sejak anugerah berprestij bagi mengiktiraf amalan kewartawanan terunggul di rantau Asia Pasifik itu dipertandingkan pada 1999.

Pengiktirafan sama mencakupi inovasi bidang kewartawanan yang melangkaui pentas antarabangsa, wilayah dan platform media tempatan di rantau ini.

SUMBER ASAL

Norlida Ishak Shop

Related News

Leave a Comment: