PUBG Lite Untuk PC Kini Sudah Boleh Dimainkan Pengguna Tempatan

by Oh! Semput


3
SHARES
44
VIEWS
Posted on 14 Feb 2019 10:03:05

PUBG Lite merupakan versi permainan tembak-menembak bergenre Battle Royale popular yang dioptimasikan untuk komputer berspesifikasi rendah atau yang tidak mempunyai kad grafik. Setelah diuji di Thailand sebelum ini, hari ini penerbit PUBG Lite turut telah mula menawarkan permainan berkenaan kepada para pemain tempatan.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan tersebut hari ini secara percuma, dan mula memainkannya pada komputer anda.

PUBG Lite PC

PUBG Lite PC

Selain daripada penawarannya secara percuma berbanding PUBG versi penuh yang ditawarkan melalui Steam, PUBG Lite juga menawarkan beberapa kelainan. Daripada ujian ringkas yang kami mainkan, ia turut memperlihatkan arah tembakan seperti mana PUBG Mobile, selain ketiadaan penawaran peta terkini berbanding PUBG versi penuh.

PUBG Lite PC

PUBG Lite PC

Pada masa yang sama, ia juga menggunakan akaun pendaftaran baru – membuatkan pengguna tidak boleh memautkan ia bersama akaun sedia ada. Ini sekaligus membuatkan pemain PUBG Lite hanya boleh bersaing sesama sendiri – dan bukannya bersama pemain PUBG lain.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan memainkan PUBG Lite ini hari ini pada komputer anda.

Muat-Turun PUBG Lite untuk PC

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts