[UPDATE] Nak tatap wajah untuk kali terakhir

by Oh! Semput


2
SHARES
29
VIEWS
Posted on 22 Apr 2018 08:00:54

KELUARGA Imam Palestin, Dr Fadi M R Albatsh Fatma merayu supaya jenazahnya dibawa pulang ke Gaza, Palestin untuk dikebumikan.

Pengurus besar Organisasi Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan Antarabangsa (IESCO), Dr Mahmoud Shakfa berkata, selepas kali terakhir bertemu Fadi tujuh tahun lalu, keluarganya berpesan supaya membawa pulang jenazahnya untuk tatapan buat kali terakhir.

“Ayah kepada Fadi menghubungi kami, merayu supaya jenazahnya dibawa pulang ke tempat kelahirannya di Jabalia.

“Seluruh keluarganya terutama ibu dan adik beradiknya ingin menatap wajahnya buat kali terakhir.

“Usaha kini sedang dijalankan dengan kerjasama dari pihak kedutaan Palestin, Mesir dan Malaysia untuk urusan logistik membawa jenazah ke Gaza, mungkin mengambil masa dua hingga tiga hari,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang, hari ini.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Dr Mohd Zin Kandar berkata, pihaknya berharap urusan membawa pulang jenazah Fadi dapat dipermudahkan.

“Demi kemanusiaan, kami berharap supaya kerajaan Mesir tidak menghalang usaha untuk membawanya pulang, jangan nafikan hak keluarganya untuk menatap buat kali terakhir jenazah Fadi.

“Berdasarkan pengalaman, laluan paling segera untuk ke Gaza adalah melalui Rafah, sempadan Mesir dan Palestin, harapan kami semua pihak yang berkaitan dapat memberi kerjasama penuh,” katanya.

Sementara itu, keadaan di perkarangan bilik mayat Hospital Selayang dipenuhi sahabat dan komuniti Palestin yang ingin melihat jenazah Fadi buat kali terakhir.

Selain itu, kakitangan Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UNIKL BMI) turut berada di hospital bagi membantu menguruskan jenazah.

Berita berkaitan

• 'Bunyi tembakan macam bunyi mercun'

• ‘Dr Fadi suka layan kerenah penuntut’

• Dirancang Mossad, kata Jihad Islam Palestin

• ‘Mungkin kebijaksanaan Fadi jadi ancaman’

• Mufti doa Fadi dapat syahid

• Ejen negara asing disyaki bunuh Fadi

• ‘Arwah biasa jadi imam’

• Penembak tunggu 20 minit

• Imam Palestin ditembak mati

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts