Uqasha pelik, wanita tuduh dirinya pembuli mahu tamatkan isu -“Tiba2 nak berbaik”

by Oh! Semput


7
SHARES
95
VIEWS
Posted on 18 Mar 2023 10:30:38

Belum selesai isu suami dipukul di ekspo perniagaan, pelakon cantik, Uqasha Senrose sekali lagi diuji apabila ada pihak mendakwanya pembuli ketika di bangku sekolah.

Namun begitu, pelakon tersebut telah menafikan dakwaan tersebut dan meminta agar wanita berkenaan megemukakan bukti selain mengajak untuk bertemu.

alt

Walau bagaimanapun, ketika itu wanita tersebut mengatakan buat apa mahu bertemu kerana sudah melalui trauma yang memakan masa hampir belasan tahun.

Disebabkan nama Uqasha mulai tercemar dengan pelbagai dakwaan, dia telah menyerahkan isu ini kepada peguam dan pihak polis bagi menyiasat semua ciapan yang dibuat wanita terbabit mengenai dirinya.

alt

alt

Wanita yang dikatakan rakan sekelas pelakon berkenaan sewaktu di sekolah menengah juga telah meninggalkan ciapan dengan berharap agar isu ini ditamatkan segera.

Dia turut mengatakan mungkin isteri kepada aktor Kamal Adli itu sudah berubah dan berharap supaya Uqasha dapat membuktikan yang dia bukanlah seorang pembuli seperti yang pernah dilakukan terhadapnya.

alt

Wanita itu juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan berkenaan penyakit yang dihidapi apabila ramai mempersoalkan tentang tempoh waktu dia diserang dengan penyakit tersebut.

alt

Namun begitu, Uqasha sepertinya tidak sangka semudah itu dia ingin menamatkan segala tuduhan tidak berasas tersebut setelah dia difitnah sebagai seorang pembuli sewaktu sedang berhadapan dengan kes serangan yang menimpa suaminya.

Eh tiba nk berbaik tp still cakap sy pembuli ..? pic.twitter.com/ejn85LuqzY

— uqasha senrose (@Uqashasen) March 18, 2023

Pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa terbabit juga masih tidak berpuas hati apabila wanita tersebut masih menggelar dirinya ‘pembuli’ walaupun dia sendiri berharap untuk menamatkan semua ‘drama’ tersebut.

Terdahulu, nama Uqasha tiba-tiba dipetik netizen apabila mengatakan kejadian yang diimpa Kamal Adli itu sebagai satu bentuk balasan terhadap kakak kepada pelakon Nelydia Senrose itu kerana pernah membulinya sewaktu di tingkatan lima.

: Twitter Uqashasen, Imzawani

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts