by Oh! Semput
Pengacara terkenal, Uyaina tak akan minta maaf kepada Abang Bas demi menengakkan kebenaran dan mengakui belum menerima sebarang surat tuntutan (LOD).
Memetik laporan dari Berita Harian, Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad menyatakan isu Abang Bas yang didakwa melakukan gangguan seksual kepada kanak-kanak sangat berat sehingga menjadi kerisauan terutama dalam kalangan ibu bapa.
Ujarnya, bukan dia sahaja yang tampil bersuara, tetapi ramai lagi seperti doktor, peguam dan masyarakat yang cakna tampil mengulas isu tersebut.
Walau bagaimanapun dia mengakui tidak bermasalah dengan sebarang gertakan di media sosial dan pernah memberitahu bahawa seseorang belum disabitkan dengan kesalahan jika belum terbukti bersalah.
Artikel lain: Diminta bersiap masuk penjara, Uyaina beri ilmu baru tentang proses ‘saman malu’
Uyaina tak akan minta maaf dan bersedia dengan apa sahaja tindakan demi menegakkan kebenaran memandangkan dia bercakap menggunakan fakta.
Pengacara program Wanita Hari ini berkenaan turut mengakui bahawa ramai peguam tampil menghubunginya bagi menawarkan khidmat guaman jika menerima saman daripada pihak keluarga Abang Bas.
Terdahulu, Uyaina Arshad telah dikecam di media sosial terutamanya di TikTok susulan video ulasannya berkenaan kes Abang Bas yang didakwa merakam video pelajar sekolah rendah di mana perbuatannya dianggap tidak sepatutnya.
Disebabkan itu, keluarga kepada pemuda tersebut bercadang mahu menyaman Uyaina dan beberapa individu lain kerana mendakwa mendatangkan syak wasangka kepada Abang Bas sehingga dia dikecam teruk sewaktu ditahan reman.
: Berita Harian (Affan Rostam)