Vainglory Kini Tersedia Bagi Windows & Mac, Menyokong Fungsi “Cross-Play”

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Feb 2019 10:00:23


Jika PUBG menerima saingan hebat daripada Fortnite, Mobile Legends pula mempunyai pesaingnya tersendiri iaitu Vainglory.

Permainan multiplayer online battle arena(MOBA) yang dibangunkan Super Evil Megacorp itu kini tersedia di gedung Steam bagi platform Windows dan Mac.

Menariknya, permainan itu turut boleh dimainkan secara “cross-play” di antara kesemua platform yang tersedia.

Permainan yang digelar “Vainglory 4.0” itu hadir dengan beberapa kemaskini utama termasuk satu antaramuka baru untuk fungsi cross-play dan seorang adiwira baru San Feng.

Super Evil Megacorp sebenarnya telah menguji permainan ini di PC dan Mac untuk satu tempoh yang agak lama iaitu sejak bulan Julai tahun lalu.

Mereka juga dikatakan menyasarkan untuk memperkenalkan permainan ini kepada platform konsol pula selepas ini.

Untuk anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, anda boleh memuat-turun dari gedung Steam secara percuma melalui pautan ini.

 

: Venture Beat    Steam

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News