save 2.0

KKM kaji vaksin bekas pesakit Covid-19, kata Dr Hisham

by Oh! Semput


HOME Posted on 23 Feb 2021 22:01:01



Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata suntikan vaksin merupakan ikhtiar yang dilakukan kerajaan di samping berserah kepada Allah. — Foto oleh Hari Anggara
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata suntikan vaksin merupakan ikhtiar yang dilakukan kerajaan di samping berserah kepada Allah. — Foto oleh Hari Anggara

KUALA LUMPUR, 23 Feb — Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat penilaian keperluan bekas pesakit Covid-19 untuk menerima suntikan vaksin, terutamanya bagi pesakit yang mendapat jangkitan pada tahap satu hingga tiga.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sekiranya ia melibatkan jangkitan tak bergejala atau gejala ringan, pertahanan antibodi yang terjana mungkin tak memadai dan harus dapatkan dua suntikan vaksin.

“Tetapi jika jangkitan pada tahap 4 atau 5 antibodi terjana lebih kekal dan tinggi, bagaimanapun kita akan buat penilaian hal berkaitan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Malaysia bakal mencatat sejarah dengan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang akan bermula esok.

Dr Noor Hisham menjadi antara individu terawal yang akan menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech esok selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekali gus menandakan bermulanya program imunisasi di negara ini.

Dr Noor Hisham berkata pelancaran program itu menandakan titik permulaan penamatan penularan jangkitan Covid-19 dalam negara, iaitu pelindungan dalaman menerusi vaksin, selain pelindungan luaran menerusi kepatuhan kepada segala tindakan pencegahan dan kawalan kesihatan awam serta kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Dalam meluarkan kesyukuran beliau berkata suntikan vaksin merupakan ikhtiar dan usaha yang dilakukan kerajaan di samping berserah kepada Allah SWT.

“Alhamdulilah kita sebagai petugas kesihatan hanya boleh ikhtiar dan berusaha dengan sebaik mungkin sebelum bertawakal kepada Allah SWT,” katanya.

Muhyiddin dijadual menerima suntikan pertama vaksin di Pusat Kesihatan Putrajaya, Presint 11 pada pukul 3.00 petang, diikuti seorang anggota KKM dan Dr Noor Hisham sebagai individu ketiga diikuti seorang lagi petugas KKM.

Vaksin Pfizer perlu disuntik dua kali dengan suntikan kedua pada hari ke-21 selepas suntikan pertama. — Bernama

tudung sekolah

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News