'Vertuahnya' Eina Azman dapat hadiah telefon bernilai RM33K

by Oh! Semput


7
SHARES
97
VIEWS
Posted on 05 Oct 2017 04:01:38


Baru sejam yang lalu, pelakon, Eina Azman atau nama sebenar Datin Paduka Ainur Syakina Azman, telah memuat naik video di Instagram yang menunjukkan beliau menerima hadiah dari suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden. 

Terkejut diberi hadiah berkenaan, perlahan-lahan Eina membuka kotak tersebut dan mendapati di dalamnya adalah telefon bimbit yang diidamkannya selama ini. 

"Oh my god! This is what I want. Bila you beli ni, yang? So nice. Oh my god. Thank you sayang," katanya. 


Semakkan di laman rasmi Vertu, telefon bimbit yang dihadiahkan kepada Eina adalah Vertu model Aster (Raspberry Ostrich), berharga $7,900 (RM33,424.90) seunit. 



Sementara itu di ruangan komen, peminatnya juga tumpang gembira dan mendoakan pasangan itu kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. 




Eina dan Kaiser Gurmet berkahwin pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan anak kembar lelaki dan perempuan (Arianna Aubrey dan Karl Kareef) selepas setahun lebih mendirikan rumah tangga.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts