VIDEO: Agong Hadiahkan Mufti WP Jersi Pahang Sempena Maulidur Rasul

by Oh! Semput


HOME Posted on 09 Nov 2019 18:04:40



Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sememangnya dikenali dengan minat beliau dalam bola sepak.

Dan beliau seringkali mengulas tentang bola sepak berdasarkan perspektif beliau terutama sekali melibatkan Liverpool yang ada pemain kegemaran beliau iaitu Mohamed Salah.

Hari ini, sempena Maulidur Rasul, Dato’ Seri Dr. Zulkifli menerima satu kotak hadiah khas daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sultan Abdullah juga memang seorang peminat tegar sukan bola sepak. Baginda merupakan penyokong tegar Tok Gajah dan juga Arsenal.

Dan baginda telah menghadiahkan Mufti Wilayah Perseketuan jersi pasukan Pahang.

Dato’ Seri Dr. Zulkifli sangat berterima kasih dengan hadiah tersebut dan berkata: “Menjunjung Kurnia Tuanku.

Alhamdulillah, Hadiah yang amat bermakna Sempena Maulidur Rasul. Menjunjung Kasih Tuanku.”

Jom saksikan detik buka kotak hadiah di sini:

Para pengikut Dato Seri Dr. Zulkifli berkongsi kegembiraan dengan beliau.

Selamat Hari Maulidur Rasul kepada semua pembaca semuanyaBOLA.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...