[VIDEO] “Wow boleh join Raihan!” Cover Lagu Iman Mutiara, Peminat Puji Suara Fattah Amin

by Oh! Semput


HOME Posted on 18 May 2019 13:03:23


Sebelum ini, Aliff Satar dan kumpulan Raihan menggamit semula memori zaman kegemilangan kumpulan nasyid dengan lagu Sesungguhnya.

Aliff Satar yang terkenal dengan suaranya yang merdu dipuji sekalian netizen dengan keharmonian suaranya membawakan lagu tersebut.

Tidak ketinggalan, pelakon popular Fattah Amin juga mahu mencuba nasib dengan membawakan lagu Iman Mutiara dari kumpulan Raihan.

Menerusi laman Instagram miliknya, Fattah membawakan lagu tersebut secara akustik dengan petikan gitar sahabatnya.

Baca: Tonton Single Khas Alif Satar Dan Raihan ‘Sesungguhnya2019’

Dengan ‘kemerduan’ suara Fattah itu, rata-rata peminatnya memuji alunan suaranya dan mahu Fattah menyertai kumpulan Raihan.

Saksikan sendiri Iman Mutiara Nyanyian Fattah Amin.

Jika anda masih muda dan tidak mengenali kumpulan Raihan, berikut adalah fakta yang anda harus tahu:

  1. Kumpulan nasyid Raihan sangat terkenal suatu ketika dahulu. Malah, banyak lagu nasyid nyanyian Raihan masih meniti di bibir peminat termasuklah lagu Puji-Pujian, Syukur dan Sesungguhnya.
  2. Raihan ini pernah diberi penghargaan terbesar dalam sepanjang pembabitan mereka dalam industri apabila pernah dijemput Ratu Elizabeth II untuk membuat persembahan.
  3. Raihan pernah dijemput Ratu Elizabeth II untuk buat persembahan nyanyian di Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di Edinburgh.
  4. Raihan turut diundang mengadakan persembahan sempena penutup Sukan Komanwel di Bukit Jalil pada 1998.
  5. Raihan juga mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya membuka hati Menteri Besar Kelantan ketika itu, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk membenarkan hiburan berkonsep Islam.
  6. Raihan adalah artis Malaysia ketiga yang buat persembahan nyanyian di Royal Albert Hall, selepas Sudirman dan Siti Nurhaliza.
  7. Raihan juga berduet dengan Yusuf Islam menerusi lagu God Is The Light dan Rakan Selawat dalam versi Inggeris.
  8. Ramai peminat kipas-susah-mati, di pelbagai negara benua Asia, Afrika, Eropah, Timur Tengah dan Amerika.
  9. Ramai peminat luar negara cuba belajar bahasa Melayu menggunakan nasyid Raihan. Semasa itu Youtube dan Spotify belum power lagi. Orang pakai Kaset dan CD lagi.
  10. Tony Fernandes, menyokong Raihan di peringkat awal sebagai Pengarah Urusan Warner Music, dan juga menaja Raihan ke London melalui Air Asia.
  11. Album Puji-Pujian pula terjual lebih 1.5 juta unit manakala jumlah keseluruhan album mereka 18 album termasuk kompilasi terjual 3.5 juta unit termasuk jualan antarabangsa.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...