Sebuah rakaman video yang menunjukkan seekor buaya kelihatan menolak mayat seorang lelaki dan membawanya ke tebing, seperti menghantar mayat berkenaan kepada penduduk yang sedang mencari mangsa kini tersebar di Indonesia, termasuk di media sosial, sejak semalam.
Memetik laporan Tribun Kaltim, kejadian berlaku di sungai Biatan Lempake, Kabupaten Berau, Kalimantan Timur.
Tidak dapat dipastikan sama ada mangsa mati lemas atau mati akibat disambar buaya kerana ketika ditemui, buaya berkenaan sedang menggonggong mayat mangsa di tengah sungai.
Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang mati itu dikenali sebagai Syarifuddin telah didapati hilang sejak semalam malah keadaan mayat dikatakan langsung tidak mengalami sebarang kecederaan biarpun buaya itu dikatakan membawanya ke tebing.
Menurut jurucakap polis di Talisayan, Iptu Faisal Hamid, orang ramai yang menyusur sungai bagi mencari mangsa menjerit meminta buaya itu melepaskan mayat berkenaan.
Kejadian ini telah mengejutkan orang ramai kerana buaya berkenaan dikatakan telah menolak mayat hingga ke tebing sungai serta melepaskannya setelah menyedari orang ramai sedang memerhatikannya. - www.koleksiviral.com
KUANTAN: Pengalaman berdepan sendiri kejadian kebakaran sebuah sekolah di Pekan kira-kira 46 tahun lalu antara sebab Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah sentiasa menghargai segala pengorbanan anggota bomba dan mengikuti r
KUANTAN: Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan RM278.9 juta kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di bawah Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan (DE) bagi pelaksanaan lapan projek di seluruh negara.Timbalan Menteri Perumahan dan Ker
Strategi kenderaan tenaga baharu (NEV) PROTON mencatatkan pencapaian yang luar biasa apabila jenama Proton e.MAS muncul sebagai pemacu pertumbuhan utama syarikat dengan merekodkan penyerahan sebanyak 17,920 unit bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2026.
KUANTAN: Liga Bola Jaring Pahang 1st yang julung kali dianjurkan berjaya menghimpunkan 42 pasukan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negeri, sekali gus menjadi platform pembangunan sukan massa, sukan kompetitif dan sukan komuniti yang lebih i
CelcomDigi Berhad secara rasmi mengumumkan kepulangan program Future Pros Bootcamp untuk tahun ketiga berturut-turut bagi menawarkan peluang keemasan buat pemain muda tempatan menyertai salah satu pasukan e-sukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) terkemuka
Kerajaan India mengesahkan sedang menyiasat insiden kebocoran data melibatkan Tata Electronics yang didakwa mendedahkan dokumen sulit berkaitan iPhone 18 Pro yang masih belum diumumkan secara rasmi oleh Apple.Menurut laporan Reuters, perkara itu dimaklum
"Dia seorang budak yang sangat baik..Dia tinggal bersama datuknya berusia 75 tahun. Dia bekerja dan duit simpanan digunakan untuk membeli mesin basuh buat datuknya,"
Perkongsian pelakon Abby Abadi di Instagram kembali mencuri perhatian netizen apabila dia menjawab beberapa soalan pengikut berkaitan hubungan dengan bekas suami, Norman Hakim serta anak mereka, Marissa Dania.Sebelum ini, umum mengetahui konflik antara A
Meta dilihat sedang membangunkan aplikasi Pocket, yang memfokuskan kepada penghasilan dan perkongsian kandungan interaktif kecil atau dikenali sebagai ‘gizmo’ menggunakan kecerdasan buatan (AI).Kewujudan aplikasi itu mula dikesan menerusi pen
Pengendali skuad kebangsaan Croatia, Zlatko Dalic, meluahkan kekecewaannya terhadap penggunaan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) yang disifatkan telah meragut kegembiraan dan membunuh emosi dalam sukan bola sepak.Kenyataan keras itu dikeluarkan selepas