[VIDEO] “Cikgu kejar sampai rumah weh” Budak Lari Dari Sekolah,Takut Kena Cucuk Dengan Nurse

by Oh! Semput


6
SHARES
77
VIEWS
Posted on 09 Oct 2019 08:03:23

Kalau cerita pasal cucuk ni, orang tua pun masih ramai yang takut jarum. Tapi yang paling popular adalah kenangan masa kena cucuk di sekolah.

Bila dapat tahu nurse nak datang sekolah, mesti ramai yang ponteng dan tak hadirkan diri dengan macam-macam alasan.

Hari ini telah tular satu video di mana seorang kanak-kanak berusia lingkungan 7 tahun lari dari sekolah gara-gara tidak mahu terima suntikan daripada pihak pegawai kesihatan yang datang ke sekolah tersebut.

Perkongsian ibu kepada adik Farid Ilham ini ketika dihubungi, anaknya dikatakan lari dari sekolah sebelum mendapatkan suntikan kancing gigi dengan menaiki basikal milik sepupunya. Pada waktu pagi hari kejadian, Yana menghantar anaknya ke sekolah.

“Sekolah dan rumah hanya jarak 300 meter”

Saya menyedari pukul 11 pagi dia sudah tercungap-cungap pulang ke rumah, tak lama lepastu nampak kereta guru sekolah yang ikutnya pulang untuk pujuk menerima suntikan tersebut. Cikgu cerita, pengawal keseelamatan pun tak sempat kejar dia. Cepat betul dia larikan diri.

“Kamu tu dah cucuk ke belum, kalau belum jom ke sekolah. Bukan kena cucuk pun dia bagi ubat je, takpayah la lari-lari,” pujuk seorang lelaki dalam video tersebut.

Difahamkan melalui video yang tular tersebut, adik ini mengunci semua pintu pagar rumahnya sambil menangis dan berkata tak mahu cucuk, taknak buka pintu.

Kata ibunya lagi, sejurus kejadian adik Ilham demam dan tidak berkesempatan untuk terima suntikan kancing gigi lagi.

Semoga adik Ilham berjaya melawan rasa takut tersebut dan dapat menerima suntikan nanti.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts