(Video & Gambar) 13 Maut Dan 17 Orang Cedera, Bas Express Bawa 29 Penumpang Jatuh Gaung Di Muar

by Oh! Semput


5
SHARES
69
VIEWS
Posted on 24 Dec 2016 03:00:29


MUAR: Seorang pemandu dan 12 penumpang bas ekspres maut, manakala 17 lagi cedera selepas bas yang mereka naiki terbabas dan jatuh ke dalam curam sedalam kira-kira enam meter di Kampung Jayor, Jalan Kangkar Senangar, Pagoh, di sini, awal pagi tadi, Lapor berita Harian.


Menurut Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Johor, Mohd Yusof Mohd Gunnos berkata, mereka telah menerima panggilan kecemasan pada jam 3.43 pagi tadi di mana sebuah jentera dan sebuah kenderaan ERMS bersama 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Pada masa sama, sebuah jentera bersama seorang pegawai dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng turut dikejarkan ke lokasi sama. Selain itu, turut dikejarkan ke lokasi kejadian ialah seorang pegawai dan lima anggota bersama sebuah jentera. 

"Siasatan awal mendapati, bas ekspres berkenaan terbabas ke dalam curam sedalam kira-kira enam meter menyebabkan 13 penumpang termasuk pemandu dan seorang kanak-kanak maut kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian badan. 

"Seramai 17 penumpang lain di dalam bas ekspres sama mengalami kecederaan dan kita berusaha memberi bantuan kecemasan," katanya.










: Siakap Keli
: SehinggitMedia (http://sehinggit.blogspot.my/)

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts