by Oh! Semput
Baru-baru ini, tular video geng Honda memasak di stesen minyak menjadi perdebatan di media sosial.
Mana tidaknya, tindakan kurang cerdik tersebut dikongsikan di platform digital mereka sehingga menuai kecaman memandangkan ia sangat berbahaya kerana lokasi tersebut sememangnya cukup berisiko.
Memetik laporan dari Berita Harian, Ketua Polis Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar memaklumkan pihak mereka telah menerima laporan sekitar jam 12.35 tengah hari tadi di Balai Polis Bentong.
Ujar beliau, laporan polis tersebut dibuat berdasarkan video yang tular di platform X yang dimuat naik pada 13 Mei 2024 lalu.
Susulan daripada itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu satu kesalahan menyebabkan kegusaran am kepada orang awam.
Artikel lain: Selamba masak dekat stesen minyak, geng Honda tenang diserbu polis
Tambah Zaiham lagi, pihaknya akan mengambil tindakan yang tegas terhadap video geng Honda tersebut dan akan melakukan operasi bersepadu di sekitar stesen minyak berkenaan terutama pada hujung minggu dan cuti umum.
Macam mana diorang ni boleh terfikir nak pasang stove dekat stesen minyak?