by Oh! Semput
"Nampak ni? Surat saman semalam (versi fotostat), telah dibatalkan," katanya Roslan sambil tersenyum.
Terdahulu, Roslan mempertikaikan tindakan pihak berkuasa mengenakan saman terhadapnya kerana meletakkan kenderaan di parkir khas Orang Kurang Upaya (OKU), sedangkan dirinya adalah OKU.
"Kalau tak, masak aku (kena bayar) RM300. Ingat senang nak mencari duit RM300? Kalau duit itu macam daun kertas bolehlah aku kutip di belakang rumah," katanya.
Dalam pada itu, Roslan turut berterima kasih kepada pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) yang telah membatalkan saman tersebut.
Menurut, susulan dari kejadian itu, dia turut mendapat pelekat OKU baharu yang sah dari pihak MPKL.
"Dia (MPKL) sepatutnya kena uar-uarkan penggunaan pelekat khas OKU ini yang hanya boleh digunakan di Selangor sahaja.
"Kena beritahu, jangan main saman saja. Kebanyakan orang tak tahu ada pelekat khas, bukannya orang tak nak bayar. Pelekat ini percuma, tetapi orang tak tahu," ujarnya.
Roslan tidak menyalahkan anggota penguatkuasa yang mengeluarkan saman tersebut kerana anggota berkenaan hanya sekadar menjalankan tugasnya.
"Yang tukang saman aku semalam, aku memohon maaf banyaklah ye. Anda telah bekerja dengan baik. Dah betullah tu kau saman aku. Cuma biasalah orang kena saman, marah-marah. Sedih pun ada, nak gelak pun ada. Kau faham ke perasaan aku semalam? Nak aku lukis ke? Kau pernah kena saman ke? Haa, macam itulah perasaan aku semalam," katanya.
@roslanjajuli Batal saman #majlisperbandaran #samanparking #oku #majlisperbandarankualalangat #selangor ♬ original sound - roslanjajuli
Roslan mengakui, sejak video itu tular di TikTok, pengikutnya semakin bertambah. Semakan di ruangan komen, ramai netizen terhibur dengannya dan meminta Roslan membuat content dalam bahasa Jawa.
: TikTok Roslan Jajuli