[VIDEO] "Isteri Baru Sangat Memberikan Rangsangan Motivasi Kepada Saya... Macam Vitamin, Ada Selalu" - Da'i Farhan

by Oh! Semput


3
SHARES
33
VIEWS
Posted on 06 Dec 2019 01:00:29

Pendakwah sensasi Da'i Farhan menyifatkan isteri barunya, Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali dengan nama Dr. Airen sebagai vitamin untuk dirinya.

Farhan atau nama sebenarnya, Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad berkongsi secara eksklusif dengan Gempak mengenai keperibadian isterinya.

"Alhamdulillah, dia sangat memberikan rangsangan motivasi kepada saya. Kemana sahaja saya pergi, dia selalu ada.

"Jadi, saya rasa dia macam vitamin, ada selalu bila dia ada disamping saya.

"Kami tak ada rahsia, apa sahaja kami akan kongsi... info, isi hati dan pendapat, semuanya kami kongsi. Alhamdulillah, kami sering bertoleransi," kata Farhan.

Gempak bertemu dengan pasangan ini ketika mereka hadir ke rancangan bual bicara Mingguan Wanita semalam.

Berikut merupakan video penuh sesi temu bual Gempak bersama Farhan:


 
Sebelum ini tular kisah peribadi Farhan apabila dia mengumumkan telah mengahwini seorang janda anak lapan di Makkah.

BACA: "Dendam Sampai Meroyan Viralkan Fitnah!" - Dai Farhan Jawab Isu Surat Terbuka Kahwin Janda Anak 8

Perkahwinan itu didakwa tidak mendapat restu isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris namun kenyataan itu telah disangkal oleh Fatin.

BACA: "Tipulah Tak Kecewa, Marah & Stress" - Reda Dalam Paksa, Isteri Pertama Dai Farhan Akhirnya Bersuara

Pendedahan pernah didampingi oleh 18 wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri Farhan kembali mencetuskan ketegangan di media sosial.

BACA: "Allah Dah Tetapkan Kita Nikah Tarikh Itu" - Da'i Farhan Jawab Sebab Madukan Isteri Pertama Sedang Sarat Hamil

BACA: Da’i Farhan Buat Laporan Polis Dan Bakal Saman Pemfitnah

Dan terbaharu, seorang peguam wanita mendedahkan Farhan telah menceraikan Fatin menerusi aplikasi WhatsApp dan terbang ke China bersama isteri keduanya.

BACA: Selepas Nikahi Janda Anak 8, Da'i Farhan Didakwa Cerai Isteri Pertama Yang Sedang Sarat Hamil Menerusi WhatsApp

BACA: Isteri Da'i Farhan Mengaku Kena Cerai Talak Satu Melalui WhatsApp, Nafi Nusyuz! - "Saya Terima Takdir Selepas Terima Orang Ketiga ..."

Fatin turut mengaku telah diceraikan Farhan menerusi WhatsApp pada 3 Disember lalu.

Dalam pada itu, Farhan turut memberikan pesanan kepada adiknya.

BACA: "Abang Yang Tidak Bertanggungjawab!" - Adik Tampil Bersuara... Dedah Ibu Tak Restu, Da'i Farhan Buang Keluarga?

Adik Farhan, Nik Fatma Amirah meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan abang kandungnya menceraikan isteri pertama.
 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts