(VIDEO) “Kedai Emas Genting Kena Rompak, Genting ‘Lockdown’ Buat Sementara Waktu” – Media Sosial

by Oh! Semput


2
SHARES
30
VIEWS
Posted on 17 Aug 2026 10:01:02

Beberapa pengguna jalan raya mendakwa mengambil masa sehingga dua jam untuk turun dari Genting Highlands susulan kesesakan lalu lintas yang teruk, tengah hari tadi.

Situasi itu dikongsikan beberapa pengguna Threads yang memaklumkan kenderaan hampir tidak bergerak selain terdapat sekatan jalan raya polis di laluan menghala turun dari kawasan peranginan tersebut.

Advertisement

Genting

Dua Jam Dari Genting Highlands Ke Genting Sempah

Seorang pengguna Threads, @shaqiera_abhamid berkata, dia mula bergerak turun dari Genting Highlands sekitar pukul 12 tengah hari namun hanya tiba di Genting Sempah kira-kira dua jam kemudian.

“Saya sangkut ngam-ngam dua jam. Pukul 12 turun dari Antara, pukul 2 baru sampai Genting Sempah. Ada sekatan polis tapi tadi macam dah nak selesai,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @xender_99 turut berkongsi gambar barisan panjang kenderaan dan mendakwa terperangkap hampir sejam ketika melakukan penghantaran barangan.

“Sekatan besar-besaran dekat Genting, katanya ada kes rompakan besar. Tersekat dah sejam dekat sini,” katanya.

Pengguna @myraexe_ pula memaklumkan keadaan trafik hampir tidak bergerak sehingga kira-kira sejam ketika mahu turun dari Genting Highlands.

Polis Didakwa Berada Di Beberapa Lokasi

Sementara itu, @salwabaharain turut mendakwa terdapat ramai anggota polis di beberapa lokasi ketika kesesakan berlaku.

“Jem teruk gila dekat Genting nak menghala turun. Tersekat tak bergerak langsung dari atas. Polis ramai merata-rata tempat. Tak tahu ada kes apa,” katanya.

Dalam masa sama, tular dakwaan di media sosial kononnya berlaku rompakan membabitkan sebuah kedai emas di Genting Highlands, yang didakwa menjadi punca operasi polis dan sekatan jalan raya dilakukan di laluan keluar.

Beberapa pengguna turut mendakwa pihak polis melakukan pemeriksaan terhadap kenderaan termasuk membuka bahagian bonet ketika melalui sekatan berkenaan.

Bagaimanapun, setakat semakan semasa, belum ada pengesahan rasmi yang dapat mengesahkan dakwaan rompakan tersebut, termasuk lokasi kejadian, jumlah kerugian atau sama ada kesesakan lalu lintas itu mempunyai kaitan secara langsung dengan insiden yang diperkatakan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-08-17 11:52:09

"Lu Bos Ke Gua Bos?" - Lelaki Kutip Duit Parkir Haram Ditahan Polis, Bertindak Agresif Tumb*k Staf Teresa Kok

(VIDEO) “Kedai Emas Genting Kena Rompak, Genting ‘Lockdown’ Buat Sementara Waktu” – Media Sosial first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts