by Oh! Semput
Tak kiralah anda Muslim atau tidak, orang biasa atau yang ada nama besar, anda pasti tidak boleh menutup mata melihat tindak-tanduk penuh penghinaan yang dilakukan oleh tentera negara haram Israel atau lebih dikenali sebagai Israel Defence Force (IDF) dalam melayan warga Palestin.
Terbaru, seorang lagenda bola sepak England, Gary Lineker yang juga pengacara di rancangan bual bicara BBC Match Of The Day turut memberi respon yang serupa terhadap kekejaman IDF ini.
Dengan jumlah pengikut yang melebihi 6 juta orang di Twitter, Gary Lineker sememangnya mempunyai pengaruh yang agak besar, maka tidak hairanlah pendapatnya yang menyokong warga Palestin diserang habis-habisan oleh golongan pro-Israel ini.
Pada yang belum tahu, Gary Lineker pada 11 Disember lalu telah tweet semula ataupun retweet satu sebuah video yang dimuatnaik oleh seorang wartawan dari England bernama Ben Whita di mana video itu memaparkan kelakuan tidak berperi kemanusian IDF terhadap kanak-kanak Palestin dengan caption 'Sickening'. Sickening kalau diterjemah secara biasanya boleh difahami sebagai sesuatu yang mengganggu atau menggambarkan kekecewaan.
— Gary Lineker (@GaryLineker) December 11, 2017
Video yang dimuat naik tersebut adalah dari sumber Badan Hak Asasi Manusia Jurusalem yang mendedahkan keadaan kanak-kanak Palestin yang menjadi sasaran tahanan IDF selain turut dikurung di dalam sangkar kecil.
Bagaimanapun, retweet Gary Lineker mula mendatangkan perasaan kurang senang dalam kalangan netizen pro-Israel. Satu per satu mula menyerbu akaun twitter Gary Lineker dan menunjukkan belang masing-masing dan menhentam Gary Lineker sebagai 'luar konteks' dan memberi respon dengan mengatakan bahawa 'kamu tidak tahu betapa radikal pengganas dan bagaimana mereka mempergunakan kanak-kanak'.
Gary Lineker bagaimanapun memberi jawapan balas terhadap kritikan tersebut dengan mempersoalkan kembali kewajaran kanak-kanak tersebut diletak di dalam sangkar.
''Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi ia sesuatu yang salah apabila mengurung kanak-kanak di dalam sangkar. Adakah anda fikir layanan yang diberikan itu adalah betul?
''Saya pernah mengetengahkan isu fasisme, pelampau, keganasan dan banyak lagi. Tetapi anda kelihatan tidak berminat dengannya.
''Saya tidak berpihak kepada sesiapa melainkan bercakap mengenai layanan yang diterima oleh kanak-kanak tersebut. Tiada satu alasan pun yang dapat menghalalkan tindakan kamu mengurung mereka,'' katanya.
Kritikan panas Gary Lineker terhadap golongan pro - Israel ini akhirnya memaksa campur tangan Jurucakap IDF, Peter Lener untuk turut menghentam Gary Lineker.
Sorry, Gary, you've completely missed the point. When kids throw stones they are a public menace. They need to be stopped. Yes, the video is unpleasant but it conveniently shares only a glimpse of what happened, the aftermath of their actions. You should be wiser than this. #Fail— LTC (R) Peter Lerner (@LTCPeterLerner) December 12, 2017
''Bagus Gary. Orang yang bertanggungjawab patut berkongsi respon kamu,'' kata seorang pengarah filem, Ken Loach.
''Saya mengangumi komitmen anda terhadap isu kemanusian dan sokongan kamu terhadap kanak-kanak Palestin. Semoga kamu di rahmati,'' kata Mohamed Syafiq yang juga lantang mengkritik ektremis Islam.
''Terima kasih Gary. Ini bukan isu politik, ini adalah usaha untuk meningkatkan kesedaran awam berhubung hak asasi manusia,'' kata AJ Joshi pula.
''Penghormatan untuk kamu kawan. Kebebasan, keadilan, kesaksamaan dan keamanan. Mengurung kanak-kanak dalam sangkar adalah salah. Kanak-kanak ini menentang kezaliman,'' kata seorang selebriti, Roger Waters.
Video itu pada awalnya dimuat naik oleh seorang wartawan England yang pro-Palestin, Ben White telah beberapa kali terlibat dengan pergerakkan hak asasi manusia dalam mengumpul bukti mengenai kekajaman dan kezaliman IDF terhadap warga Palestin.
White melalui tweetnya juga turut berkongsi kenyataan yang pernah dibuat oleh Betty McCollum, anggota Kongres Amerika Syarikat daripada Parti Demokratik.
''Kanak-kanak Palestin dari usia seawal 12 tahun telah diambil oleh polis dan tentera Israel dari katil mereka pada waktu malam. Ditutup mata dan di bawa ke pusat tahanan,'' kata ahli Kongres tersebut.
Kenyataan Betty McCollum itu adalah bagi menggesa kerajaan Amerika Syarikat tidak menggunakan hasil cukai rakyatnya untuk membantu Israel menahan kanak-kanak Palestin.
Israel merupakan negara penerima terbesar bantuan daripada Amerika Syarikat dengan jumlah sebanya USD 3.8 bilion setiap tahun, 25 peratus dari keseluruhan bajet pertahanannya. Kritikan ini dibuat selepas terdapat kemungkinan Israel dibenar menggunakan hampir USD 800 juta setiap tahun dana tersebut tanpa pemantauan wakil dari Amerika Syarikat yang mana sebahagiannya digunakan dalam kempen IDF menahan kanak-kanak Palestin.
— Ben White (@benabyad) December 11, 2017
: The Sun, Twitter Gari Lineker