[VIDEO] Menang Setengah Juta Ringgit, Ali Puteh Mahu Bawa Isteri Tunai Umrah

by Oh! Semput


HOME Posted on 15 Jan 2020 02:03:51



Nama Kumpulan Puteh semakin hangat diperkatakan setelah Puteh meraih kemenangan dalam final Maharajalawak Mega 2019 Jumaat lepas.

Kemenangan itu sememangnya sangat dipersetujui dan dinantikan ramai pihak.

Kumpulan Puteh berjaya menambat hati penonton dengan lawaknya yang menjadi dan plot cerita yang menarik sehingga mereka memperoleh wang tunai sebanyak RM500,000.

Menyingkap perjalanan mereka bersaing untuk menjadi juara MLM19 ini, mereka diduga apabila salah seorang daripada kumpulan puteh iaitu Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau lebih mesra dikenali sebagai Ali Puteh telah kehilangan anak keduanya pada minggu kelima saingan MLM.

Punchline bertubi tubi yang dipersembahkan oleh kumpulan Puteh sehingga membuatkan penonton tidak kering gusi menjadi bukti kelayakkan mereka untuk merangkul piala juara MLM19.

Dalam pada itu, mereka juga berjaya bermain dengan emosi apabila twist jalan cerita mereka mengundang sebak orang ramai.

Bawa isteri pergi Umrah

Apabila ditanya mengenai duit kemenangan, Ali berkongsi hasratnya yang ingin membawa isterinya mengerjakan umrah .

Niat baiknya itu pernah dimaklumkan sebelum anak mereka, Sharifah Ainul Mardhiah masih hidup lagi dan perkara itu tetap mahu diteruskan.

Ali menceritakan hasratnya itu menerusi temubual secara langsung selepas kemenangan Maharaja Lawak Mega 2019.

“Saya pernah cakap dengan isteri, kalau anak kita sihat dan ada rezeki, kita akan pergi umrah”

“Walau anak kita sudah meninggal, kita tetap akan pergi umrah juga tahun depan “

Sebelum ini, Ali dan isterinya, Melati Fitri telah mendirikan rumahtangga 2016 dan berkat dari perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Walaubagaimanapun, atas masalah jantung, puteri keduanya iaitu Sharifah Ainul Mardhiah dijemput menghadap pencipta-Nya ketika Ali sedang berjuang di pentas MLM19.

Hasil usaha, ketabahan dan sokongan yang tak pernah henti dari ahli kumpulan Puteh buat Ali, Ali terus kuat bersama sama ahli kumpulannya Mamak dan Man untuk bersaing sehingga dinobatkan sebagai juara setelah empat kali menyertai saingan tersebut.

YOY Network

“Kekuatan kami jadi kan gabungan..Allahu…trima kasih semua mendoakan Kami..seperti Dalam mimpi jadi kenyataan…syukur dengan rezeki yg Allah bagi pada kami ini…allahu”

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...