[VIDEO] “Ba mintak maaf sayang naa Jebat Jayden” Luahan Sharnaaz Buat Anak

by Oh! Semput


HOME Posted on 12 Sep 2019 00:06:04



Isu keluarga Sharnaaz dan Nabila menjadi tumpuan para peminat pada hari ini di mana mereka tleah hadir ke Mahkamah Syariah pagi tadi.

Namun kedua-duanya diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian mereka.

Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail memerintahkan Sharnaaz dan nabila berbuat demikian selepas bintang filem itu tidak bersetuju dengan tuntutan cerai tersebut.

Noor Nabila selaku plaintif memfailkan permohonan cerai secara baik pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Dalam proses perceraian, JKP membabitkan anggota keluarga yang rapat dengan pasangan itu, bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Menerusi laman Instagram, Sharnaaz telah memuat naik satu video khas buat anaknya Jebat Jayden.

“Ba mintak maaf sayang naa @jebatjayden .. ba sayang cek dgn nyawa ba.. besaq nanti cek faham naa.”

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati kepada Sharnaaz dan Jebat di atas kemalut tersebut.

Sebelum ini, di dalam prosiding, Sharnaaz yang diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader ketika ditanya hakim adakah sudah melihat tuntutan yang diterimanya daripada Noor Nabila pada 29 Ogos lalu, menjawab ” Ya” namun tidak bersetuju dengan tuntutan cerai berkenaan.

Selain tiada persefahaman dan tinggal berasingan sejak Februari 2018, Noor Nabila dalam tuntutan perceraiannya memberikan alasan bahawa Sharnaaz memberi nafkah zahir yang tidak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan walaupun mampu untuk memberi lebih daripada itu.

Nabila dalam tuntutannya juga memberitahu, langkah sudah diambil untuk mencapai perdamaian termasuk sudah berbincang namun tidak menemui jalan penyelesaian dan defendan berterusan dengan sikapnya.

Semoga perselisihan mereka dapat diselesaikan dengan baik demi anak yang masih kecil.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...