(VIDEO) Pengguna Vape Ini Sempat Meninggalkan Pesanan ‘Terakhir’ Sebelum Meninggal Dunia

by Oh! Semput


7
SHARES
93
VIEWS
Posted on 09 May 2025 06:31:13

Seorang pesakit jantung yang mengalami komplikasi akibat ketagihan vape sempat berkongsi pesanan terakhir mengenai bahaya rokok elektronik itu sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.15 pagi semalam.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @radzirockrider, lelaki berusia 44 tahun itu seorang pesara  menceritakan detik sukar yang dilalui sepanjang empat tahun menggunakan vape, yang asalnya bermula kerana tekanan kerja.

Advertisement

Jantung saya tinggal tiga peratus untuk berfungsi. Saya terpaksa ditidurkan dan diberi oksigen untuk diselamatkan. Dua minggu lepas dimasukkan ke wad sebab jantung lemah.

Saya hisap vape sampai sebelah tangan pegang vape, sebelah lagi pegang pemegang motosikal. Bila berhenti hisap vape selama dua hari, saya sesak nafas kerana jantung lemah, kemudian dibawa ke hospital.

Dia turut menceritakan bagaimana keadaannya menjadi semakin tenat sehingga memerlukan bantuan oksigen dan prosedur menebuk paru-paru bagi mengeluarkan cecair kuning dan nanah, sebelum sempat menyampaikan nasihat terakhirnya.

vape

“Kepada orang muda, berhentilah hisap vape, masih ada masa dan peluang,” ucapnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa sebak dan menjadikan kisah itu sebagai iktibar.

Terima kasih kerana berkongsi. Moga jadi pengajaran buat kita semua. Moga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pasangan suami isteri dikecam
2 hours ago

"Takkan Sebab Anak Kau Meragam, Semua Orang Kena.." - Rakam Reaksi Anak Orang Tantrum Dalam Feri, Penjelasan Lelaki Ini Dikecam Warga Maya

 

(VIDEO) Pengguna Vape Ini Sempat Meninggalkan Pesanan ‘Terakhir’ Sebelum Meninggal Dunia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts