[VIDEO]“Saya perlu lepaskan sesuatu untuk” Undur Diri Dari Meletop, Ini Kenyataan Neelofa

by Oh! Semput


HOME Posted on 04 Dec 2019 01:06:51



Selebriti terkenal yang juga merupakan pengacara program MeleTop, Neelofa telah membuat pengumuman untuk mengundurkan diri dari mengacarakan program itu.

Untuk rekod, Neelofa telah menjadi pengacara rancangan Meletop selama tujuh tahun bersama Nabil Ahmad.

Pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor ini memberitahu keputusan itu dibuat berikutan mempunyai rancangan lain dalam kerjayanya.

Menurutnya, Meletop bermula pada tahun 2012 dan merupakan tempatnya membesar.

Baginya, keputusan ini amat berat baginya dan Disember ini adalah bulan terakhirnya bersama program Meletop.

“Kita mula pada tahun 2012 dan ini tempat saya membesar. Dengan hati yang sangat berat, ini adalah bulan terakhir saya akan bersama dengan MeleTop.”

Neelofa juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan kepercayaan terhadapnya selama ini dan menganggap Meletop sebahagian daripada hidupnya.

“Thank you so much for everything. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya selama ini. MeleTop sebahagian daripada hidup saya,” ujarnya.

Pengunduran Neelofa ini telah diumumkan secara langsung semasa siaran program Meletop pada hari Selasa.

Malah menurut Neelofa lagi, program Meletop memainkan peranan penting dalam kerjayanya sebagai anak seni.

“Ia susah dan amat berat untuk saya tetapi saya perlu lepaskan sesuatu untuk dapatkan sesuatu yang lain,”

Neelofa dijangka akan mengacarakan program itu buat kali terakhir pada 31 Disember 2019.

Video Neelofa Undur Diri Dari Meletop

Program Meletop diterbitkan buat kali pertama pada 30 Oktober 2012 dan dikemudikan oleh Nabil Ahmad dan Neelofa.

Sebagai pengacara TV, Neelofa telah mengacarakan pelbagai rancangan televisyen, seperti Nona (TV3), Sekolahku Hebat (Astro Ceria) dan meleTOP (Astro Ria).

YOY Network

Neelofa juga telah kembali ke bidang lakonan pada tahun 2016 menerusi drama Suri Hati Mr. Pilot.

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...