by Oh! Semput
Pesawat elektrik berkuasa bateri terbesar dunia yang dibangunkan oleh Heart Aerospace telah berjaya menerusi pesawat ujian mereka, X1.
Ujian penerbangan ke atas pesawat itu telah dibuat pada 12 Ogos 2026 di Plattsburgh International Airport, New York.
Pesawat berkuasa bateri sepenuhnya itu berjaya diterbangkan selama 27 minit dengan mencapai ketinggian 1,100 kaki (~335 meter) dengan kuasa melebihi satu megawatt, menggunakan hanya sekitar USD5 (~RM22) sahaja tenaga elektrik, jauh lebih murah berbanding kos bahan api jet yang semakin meningkat.
Menurut CEO Anders Forslund, kejayaan ini bukan sekadar pencapaian teknologi, tetapi bakal mengubah ekonomi penerbangan dengan menjadikan perjalanan udara lebih murah, kerap, dan mesra alam.
X1 dibangunkan sebagai pesawat ujian berskala penuh untuk program ES-30, pesawat hibrid-elektrik serantau berkapasiti 30 tempat duduk.
ES-30 telah menerima komitmen daripada syarikat penerbangan utama seperti United Airlines, Air Canada dan JSX, dengan sasaran memasuki perkhidmatan pada 2031.
ES-30 dijangkakan mampu mengurangkan kos operasi lebih 40% berbanding pesawat serantau tradisional, hasil penjimatan tenaga, penyelenggaraan lebih rendah, serta kebolehpercayaan tinggi.
Langkah seterusnya, Heart Aerospace sedang membina prototaip pra-produksi ES-30 di Los Angeles, dengan ujian penerbangan dijadualkan pada 2028.
{suggest}
(Video) Pesawat Elektrik Terbesar Dunia Berjaya Diterbangkan, Kos Elektrik Sekitar RM22 Sahaja WISER.MY.