(VIDEO) Nur Sajat Sentap Kena Marah Dengan Aliff Syukri Sekadar Gimik Untuk Lagu Abang Nak Tegur?

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 11 Dec 2017 04:02:17

Walaupun lagu Abang Nak Tegur nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat mendapat banyak “dislike”, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat dua jutawan kosmetik itu untuk menghasilkan sebuah muzik video yang mahal sehingga terbang jauh untuk menjalani penggambaran di Sepanyol dan Turki serta diarahkan oleh pengarah berbakat Yusry Abdul Halim.

Namun, keadaan menjadi tegang apabila Aliff telah membuatkan Sajat merasa sedih dan malu dihadapan semua kru penggambaran kerana memarahi Sajat tidak pandai menari.

Walaubagaimanapun, ramai yang menganggap ia cuma satu lakonan ataupun gimik untuk menaikkan lagi populariti lagu duet mereka. Malah, Aliff juga terkenal sebagai seorang yang bijak bermain dengan emosi dan berdrama.

Berdasarkan pemerhatian kami di Instagram, Sajat ada juga berkongsi rasa sedih beliau dan sudah tidak sabar untuk pulang ke Malaysia. Malah, Aliff juga turut memuat naik status yang hampir sama di akaun Instagramnya.

Apa pula pendapat korang? Adakah ia benar-benar berlaku ataupun Aliff dan Sajat ingin meniru taktik viral seperti yang dilakukan oleh Nabila Razali untuk muzik video Pematah Hati?

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts