[VIDEO] Tak Sedar, Anak Dah ‘Jamah’ Seekor Lipas…

by Oh! Semput


5
SHARES
59
VIEWS
Posted on 17 Jun 2021 16:31:13

Memang bila anak sudah mencapai usia empat bulan ke atas, inilah masanya mereka suka mengeksplorasi dengan keadaan sekeliling mereka. Pantang ditinggalkan oleh ibu walaupun sekejap, pasti ada sahaja barang yang mahu dimasukkan ke dalam mulut. Pun begitu, bukan semua ibu bapa dapat memantau anak-anak mereka sentiasa selama 24 jam. Ada masanya anak terpaksa dibiarkan berseorangan sebentar sementara penjaga membuat kerja lain.

Namun, dalam tempoh singkat itulah macam-macam boleh terjadi. Seperti perkongsian seorang wanita, @rianaria21 di TikTok di mana anaknya ‘menjamah’ seekor lipas sehingga tinggal kaki sahaja!

TAK SEDAR ANAK DAH MAKAN LIPAS!

Jelasnya, dia tidak menyedari kewujudan lipas tersebut berhampiran lokasi anaknya. Sebaik sahaja dia sedar, bayi itu sudahpun menjamah lipas berkenaan sehingga tinggal kaki sahaja. Malah, tangan bayinya juga melekit setelah memegang dan memakan serangga itu.

Melihat video berkenaan, ramai yang menyuruh wanita itu membawa bayinya ke hospital gara-gara risau kesan sampingan. Hal ini kerana sudah kita ketahui lipas mempunyai banyak kuman.

@rianaria21⚠️WARNING⚠️

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts

Copyright © Oh! Semput 2018