Video Tersebar Cubaan Guru Besar Pujuk Ibubapa Tarik Semula Kes Budak Ditekap Besi Panas Pengasah Pensil

by Oh! Semput


12
SHARES
152
VIEWS
Posted on 18 Jul 2017 15:01:57



Susulan kes seorang guru menekap besi pengasah pensil yang dipanaskan melalui geseran lantai sehingga menyebabkan luka dipipi , kemudian menampar pelajar berkenaan.Bapa mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan turut mengadakan sidang media berkenaan kes tersebut .

Satu post di facebook yang kini mendapat perhatian netizen . Post berkenaan menceritakan update terkini dimana kedua ibubapa mangsa telah datang berjumpa dengan guru besar sekolah tersebut untuk berbincang insiden yang berlaku kepada anaknya .



Di dalam video berkenaan , jelas menunjukkan guru besar itu memihak kepada guru yang telah mendera mangsa .


Perbualan bermula apabila 

'Said , boleh tak saya minta cikgu tersebut bayar ganti rugi ?' tanya Guru Besar

Said dengan yakin menjawab 

' tak payah kak , saya tak nak ganti rugi , saya tak nak dia punya duit . Satu sen pun saya tak nak '

Guru tersebut kemudian menjelaskan bahawa ganti rugi tersebut dengan menangung kos rawatan. Namun keputusan yang diberi bapa mangsa , sama . 

Alasan yang guru besar tersebut berikan mengapa mahu kes ini ditarik semula , beliau kasihan kepada guru tersebut , masih muda lagi dan bimbang tiada masa depan ( tindakan tata-tertib)

Menurut Said , ketika terserampak dengan guru terbabit .Dia tidak menyesal dan menyatakan maaf malahan menyuruh bapa mangsa menarik kes tersebut . Dikatanya hanya perkara kecil sahaja.

Namun , pujukan terus dibuat  oleh beberapa orang guru lain bagi pihak guru lelaki tersebut .

' Said hanya akan mempertimbangkan untuk penukaran ke sekolah lain '

Jadi , biarlah pihak sekolah , ibubapa dan Jabatan Pendidikan Negeri menyelesaikan kes tersebut . 



SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts