KUALA LUMPUR - Sejak semalam gambar seorang bayi yang dipercayai tertelan pin tudung telah tersebar dan menjadi perbualan hangat netizen di media sosial.
Menurut laporan
Harian Metro, bayi lelaki terbabit dikatakan berusia 10 bulan disahkan telah tertelan pin tudung dan kejadian berkenaan dipercayai berlaku pada 14 Julai pada Jumaat lalu seperti yang disebarkan netizen semalam.
Menerusi jurucakap Hospital Kuala Lumpur, mangsa dikatakan telah melakukan pembedahan bagi membuangkan pin tudung yang tersangkut di bahagian paru-parunya dan pin berkenaan telah pun dikeluarkan.
Mangsa kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di HKL dan turut dilaporkan dalam keadaan stabil serta masih lagi dalam pemantauan dokotr, ujarnya.
Sejak semalam, gambar X-Ray milik adik Muhammad Naufal Hakim yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengimejan Diagnostic, Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur jadi tular di media sosial setelah gambar berkenaan dimuat naik.
Gambar berkenaan yang memaparkan pin tudung yang tersangkut di bahagian paru-parunya dan gambar pin tudung yang telah dikeluarkan turut disebarkan yang dikatakan milik ahli keluarga kanak-kanak berkenaan.
Kepada ibu bapa yang memiliki anak kecil seperti ini disarankan agar sering memantau aktiviti anak-anak dan perhatian yang penuh harus diberikan, malahan barangan seperti pin tudung tidak seharusnya menjadi permainan kanak-kanak kecil. -
www.koleksiviral.com