[VIDEO] Wanita mandikan anjing di bilik tukar lampin bayi R&R Tapah

by Oh! Semput


HOME Posted on 11 Feb 2019 14:02:41


MUHAMAD TARMIZE MOHD. NOR

11 Februari 2019 4:56 PM

IPOH – Tindakan tidak bertanggungjawab seorang wanita memandikan anjing peliharaannya di bilik tukar lampin bayi di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah arah selatan menjadi kemarahan orang ramai sejak kelmarin.

Rakaman video berdurasi 16 saat mengenai kejadian tersebut juga tular di media sosial sejak kelmarin.

Di dalam rakaman video tersebut, kelihatan seorang wanita dewasa sedang memandikan anjingnya yang berwarna hitam menggunakan syampu di bilik berkenaan yang sepatutnya digunakan untuk menukar lampin bayi.

Difahamkan, dalam kejadian pada pukul 3 pagi kelmarin itu, wanita berkenaan telah ditegur pekerja PLUS dan beberapa orang awam yang berada di situ namun wanita tersebut tidak mengendahkan teguran itu.

Susulan kejadian tersebut, PLUS Malaysia Berhad dalam satu kenyataan di dalam media sosialnya hari ini menjelaskan, pihaknya telah mengambil tindakan segera menyamak dan membersihkan persekitaran bilik berkenaan dengan serta merta.

“Sejurus kejadian tersebut, persekitaran Bilik Menukar Lampin Bayi terbabit telah disamak dan dibersihkan serta-merta supaya ia boleh terus digunakan oleh pelanggan.

“PLUS melahirkan rasa kesal dengan kejadian terpencil tersebut di mana wanita terbabit tidak menghiraukan teguran petugas dan pelanggan yang menyaksikan kejadian itu,” katanya. 

Kenyataan tersebut juga mengingatkan pengguna bahawa kawasan R&R adalah kawasan larangan untuk binatang peliharaan dan papan tanda mengenainya juga telah disediakan PLUS. 

“Demi keselesaan pengguna lebuhraya PLUS, kami memohon kerjasama semua pelanggan supaya mematuhi larangan tersebut,” katanya. - K! ONLINE

's

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News