Viral Kubur Bercahaya di Majlis Pengebumian

by Oh! Semput


7
SHARES
94
VIEWS
Posted on 25 Dec 2016 17:00:21

SEREMBAN: Keluarga Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan, Allahyarham Mohd Khairi Zainuddin, tidak menolak kemungkinan gambar pengebumian yang viral di aplikasi WhatsApp sejak semalam adalah cahaya Dhuha atau akibat lensa kamera.

Allahyarham yang juga pengasas Sekolah Rendah Islam Integrasi Darul Ulum (SRIIDU) meninggal dunia pada Selasa lalu, dan dikebumikan pagi Rabu di Tanah Perkuburan Islam Senawang.

Adik Allahyarham, Nazri Zainuddin, 41, berkata sepanjang pengebumian, tiada perkara luar biasa yang berlaku di tanah perkuburan.

Malah katanya, keluarganya sudah mengetahui mengenai penyebaran gambar berkenaan, sejurus selepas urusan pengebumian selesai.

“Kami tidak beranggapan itu perkara pelik. Apabila mendapat tahu gambar itu viral, kami tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kerana bimbang menimbulkan masalah,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Allahyarham Mohd Khairi, 45, meninggal dunia jam 4.29 petang akibat masalah jantung. Arwah meninggalkan seorang balu dan empat anak berusia antara 10 sehingga 18 tahun.


LIKE Kami Sekarang
Untuk Terus Mengikuti Berita Pantas

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts