Viral Limpahan Air Di Cameron Highlands Insiden Lama

by Oh! Semput


5
SHARES
69
VIEWS
Posted on 26 Dec 2016 03:00:50

IPOH – Rakaman limpahan air deras dari lereng bukit di Kilometer 16, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang menjadi viral semalam adalah insiden lama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ketika dihubungi Bernama di sini lewat malam tadi berkata beliau dimaklumkan insiden itu berlaku pada tahun 2014.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak Lt Kolonel (PA) Zairil Anuar Zulmuji berkata pihaknya telah membuat pemeriksaan dengan pelbagai agensi termasuk Jabatan Kerja Raya, polis serta bomba mengenai rakaman itu.

“Tetapi tiada mana-mana pihak berkenaan yang menerima laporan mengenai kejadian (limpahan air) itu yang didakwa berlaku semalam (Ahad),” katanya kepada Bernama.

Video limpahan air selama tujuh saat itu menjadi viral di media sosial mulai petang semalam berikutan hujan lebat di Cameron Highlands sejak awal pagi sehingga menyebabkan beberapa kejadian tanah runtuh dan banjir kilat khususnya di Tanah Rata. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts