Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027

by Oh! Semput


3
SHARES
34
VIEWS
Posted on 29 Oct 2026 07:30:11

Syarikat pelancongan angkasa lepas Virgin Galactic secara rasmi memperkenalkan kapal angkasa generasi baharunya yang dinamakan Apeiron.

Nama itu dipilih menerusi undian awam global melibatkan ribuan peserta dari 83 negara di enam benua.

Nama tersebut yang berasal daripada bahasa Yunani purba membawa maksud “tanpa batas” atau “tidak terhingga”, mencerminkan cita-cita besar manusia untuk meneroka ruang angkasa.

Kapal angkasa Apeiron bukan sahaja menyasarkan sektor pelancongan angkasa, malah berpotensi menyokong misi penyelidikan saintifik dan keperluan agensi kerajaan.

Apeiron 2

Apeiron telah selamat tiba di Spaceport America, New Mexico, Amerika Syarikat selepas dibawa oleh pesawat Eve dari kemudahan pembuatannya di Arizona. Dalam penerbangan tersebut, Apeiron dipasang pada pesawat pembawa berkenaan dan belum menjalankan penerbangan angkasanya sendiri.

Ketibaan itu menandakan peralihan daripada fasa pemasangan kepada persediaan ujian penerbangan. Pasukan kejuruteraan Virgin Galactic akan melengkapkan integrasi dan pengesahan perisian avionik sebelum Apeiron menjalani siri ujian penerbangan sebagai persediaan untuk operasi komersial.

Apeiron akan menjalani beberapa proses penting termasuk integrasi sistem elektronik (avionik), pengesahan perisian serta program ujian penerbangan yang menyeluruh sebelum dibenarkan membawa penumpang secara komersial.

Menurut Virgin Galactic, Apeiron mampu melaksanakan sehingga dua penerbangan setiap minggu serta menyokong lebih daripada 500 misi sepanjang hayat operasinya.

Jika program ujian penerbangan berjaya diselesaikan, Virgin Galactic menyasarkan untuk memulakan penerbangan komersial menggunakan Apeiron pada awal suku kedua 2027, tertakluk kepada kelancaran proses pengujian dan persediaan operasi.

Sebelum ini, Virgin Galactic menyasarkan penerbangan komersial generasi baharunya bermula pada Februari 2027, selepas menangguhkan jadual asal pada penghujung 2026. Bagaimanapun, sasaran tersebut kini dianjak ke awal suku kedua 2027 bagi memberi lebih masa kepada proses integrasi sistem avionik dan ujian berkaitan.

Selain itu, Virgin Galactic turut mengesahkan bahawa kapal angkasa generasi baharu kedua mereka sedang dibangunkan dan dijangka memasuki perkhidmatan tidak lama selepas Apeiron.

{suggest}

Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts