'Voice Note' Di Status WhatsApp? Ia Sedang Diuji

by Oh! Semput


2
SHARES
27
VIEWS
Posted on 22 Sep 2022 07:30:25

Seperti biasa, kami akan berkongsi ciri baharu yang sedang dibangunkan dan diuji pada WhatsApp versi beta. Terbaru, WhatsApp sedang menguji ciri voice note di status.

Di WhatsApp beta versi 2.22.16.3 di Android, WhatsApp membenarkan pengguna merakam suara (voice note) dan muat naiknya di status.

Ya, ini bermakna selain teks, gambar dan video, anda selepas ini anda juga boleh memainkan suara semata-mata daripada status rakan taulan.

Waktu sekarang, kita hanya bokeh merakam suara dan hantarnya di perbualan (chat) saja.

Tidak dinyatakan pula apakah had masa ditetapkan setakat ia diuji ini.

{suggest}

Jika anda tidak maklum, beta merujuk pada fasa ujian satu-satu aplikasi atau perisian. Ia hanya disediakan pada pembangun dan pengguna awam yang berdaftar.

Hanya selepas melepasi peringat beta, ia dilepaskan pada pengguna awam/biasa. Versi ini sering kali disebut sebagai versi stabil atau awam.

: WABetaInfo

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts