Vokalis Linkin Park Chester Bennington Bunuh Diri

by Oh! Semput


10
SHARES
134
VIEWS
Posted on 21 Jul 2017 02:04:03

Hari ini dunia dikejutkan dengan berita dimana vokalis kumpulan popular antarabangsa, Linkin Park iaitu Chester Bennington , 41, ditemui mati dalam keadaan tergantung di kediamannya di Palos Verdes Estates di Los Angeles County.

Chester mempunyai enam orang anak hasil daripada dua perkahwinan dan beliau juga merupakan rakan karib kepada penyanyi Chris Cornell yang juga mati bunuh diri pada bulan Mei lalu.  Kematian Chester juga bertepatan dengan hari ulang tahun Chris yang ke 53 tahun.

Mendiang sudah bertahun lamanya berjuang dengan dirinya untuk mengatasi masalah ketagihan alkohol dan penyalahgunaan dadah, Chester sebelum ini pernah bercakap tentang keinginannya untuk membunuh diri akibat masa silamnya yang sering menjadi mangsa dera sewakta kanak-kanak.

Linkin Park ditubuhkan pada tahun 1996 dan antara lagu popular mereka ialah In The End, Faint, Numb dan Crawling.

Berita : TMZ

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts