Vokalis pengsan ketika persembahan, Floor 88 mohon maaf (VIDEO)

by Oh! Semput


HOME Posted on 15 Jan 2020 12:02:39



Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie (tengah) pengsan ketika persembahan di Negeri Sembilan malam tadi. — Foto ihsan Instagram/floor88band
Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie (tengah) pengsan ketika persembahan di Negeri Sembilan malam tadi. — Foto ihsan Instagram/floor88band

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Insiden mengejut di atas pentas merupakan perkara paling tidak diinginkan buat penyanyi mahupun kumpulan muzik.

Namun nasib malang menimpa kumpulan Floor 88 apabila vokalisnya Ayie pengsan ketika membuat persembahan di Konsert Gempak Negerifm malam tadi.

Memaklumkan perkara tersebut di Instagram, kumpulan tersebut meminta maaf kepada orang ramai ekoran kejadian itu.

“Kami Floor 88 ingin memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan persembahan di Konsert Gempak Negerifm,” tulis mereka.

“Kami akan beritahu perkembangan penuh tentang kesihatan Ayie. Terima kasih pada yang hadir dan tidak putus mendoakan kesihatan Ayie.”

Menerusi klip video yang dimuat naik, Ayie kelihatan sedang menyanyi, sebelum tiba-tiba rebah dan kemudian diangkat anggota kumpulan berkenaan bersama kru pentas.

Punca kejadian tidak dijelaskan kumpulan yang popular dengan lagu Zalikha itu.

Ayie, nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah, pada 2017 pernah pengsan dalam studio sebelum sempat membuat rakaman lagu baru mereka.

Graduan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ketika itu dikatakan tidak mendapat rehat yang cukup.

Acara di Padang Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan malam tadi turut menampilkan artis Ara Johari dan Sissy Iman.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


loading...