Wajah Fedtri Yahya dikata mirip atlet Indonesia -“Takpe kalah, masih ada Jejak Rasul”

by Oh! Semput


HOME Posted on 01 Aug 2021 15:01:01



Umum sedia tahu bahawa atlet badminton Malaysia, Aaron Chai Teng Fong dan Soh Wooi Yik telah berjaya membawa pulang pingat gangsa untuk kategori beregu lelaki apabila menumpaskan beregu dari Indonesia, Mohamad Ahsan dan Hendra Setiawan.

Perlawanan  begitu sengit itu membuatkan sebahagian besar jantung rakyat Malaysia seperti mahu ‘gugur’ memandangkan perlawanan yang berlangsung selama 1 jam itu sangat mendebarkan.

Namun, disebalik kegembiraan tersebut, satu perkongsian yang dibuat oleh akaun Twitter seorang warga Indonesia telah mencuri tumpuan rama apabila mengatakan wajah atlet mereka, Mohamad Ahsan mirip pengacara terkenal, Fedtri Yahya.

alt

Walaupun tidaklah begitu mirip, namun kapsyen yang ditinggalkan sedikit mencuit hati pengguna Twitter yang terhibur apabila ‘menenangkan’ Fedtri Yahya yang tidak berjaya di Olimpik namun masih mempunyai program Jejak Rasul untuk terus ditonton.

Advertisement
“Nggak papa kok mas Fedtri Yahya tewas olimpik . Kamu masih ada rancangan jejak rasul,” tulis akaun itu.

alt

Walau bagaimanapun, pengacara tersebut telah meninggalkan respon di tweet berkenaan yang mengatakan rupa pemain badminton Indonesia itu tidak mirip pun dengannya.

alt

 

alt

Ramai juga  warganet dari Malaysia dan Indoensia yang menyedari perkara itu dan mengakui sekali pandang atlet tersebut memang ada mirip Fedtri Yahya.

Akan tetapi, jika dilihat dengan lebih fokus, wajah mereka tidaklah sama ataupun mirip. Hal ini mungkin dari pandangan atau persepsi yang berbaza bagi setiap individu.

Advertisement

alt

alt

alt

alt

alt

: Twitter @fayyesz

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News